Sunday, June 22, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh : 22 Jun 2014 (Ahad)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
Hari terakhir kejohanan Angkat Berat Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 diteruskan lagi dengan kategori 69 kg, 77 kg, 85 kg dan +85 kg Lelaki Bawah 15 Tahun pada jam 9.00 pagi. Kejohanan berjalan dalam keadaan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut dilampirkan keputusan rasmi bagi kategori yang bertanding hari ini :-
69kg Lelaki Bawah 15 Tahun 
Snatch
1. Muhamad Shahrul Amri Bin Mohd (Kedah) - 64 kg
2. Rozaili Mohd Alkhashah (Penang) - 50 kg
3. Muhd Azman Bin Zulkifli (Kedah) - 33 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Amirul Afzan (Kedah) - 86 kg
2. Muhamad Shahrul Amri Bin Mohd (Kedah) - 75 kg
3. Rozaili Mohd Alkhashah (Penang) - 63 kg

77kg Lelaki Bawah 15 Tahun 
Snatch
1. Muhamad Hazwan Bin Abdul Wahab (Penang) - 60 kg
2. Nur Iqbal Fakrullah Nordin (Perlis) - 40 kg
3. Muhammad Nur Firdaus Fadzil (Perlis) - 40 kg

Clean & Jerk
1. Muhamad Hazwan Bin Abdul Wahab (Penang) - 70 kg
2. Nur Iqbal Fakrullah Nordin (Perlis) - 50 kg
3. Muhammad Nur Firdaus Fadzil (Perlis) - 50 kg
85kg Lelaki Bawah 15 Tahun 
Snatch
1. Ilman Ramadan Shah Bin Manap (Penang) - 60 kg
2. Muhd Alif Naswan BIn Hashim (Kedah) - 42 kg
3. Muhd Hazrul Helmi Bin Badrulhisham (Kedah) - 42 kg

Clean & Jerk
1. Ilman Ramadan Shah Bin Manap (Penang) - 80 kg
2. Muhd Hazrul Helmi Bin Badrulhisham (Kedah) - 56 kg
3. Muhd Alif Naswan BIn Hashim (Kedah) - 55 kg

+85kg Lelaki Bawah 15 Tahun 
Snatch
1. Muhammad Haikal Saiful Adzha (Perlis) - 64 kg
2. Muhammad Akmal Farihin Bin Izham (Kedah) - 60 kg

Clean & Jerk
1. Muhammad Akmal Farihin Bin Izham (Kedah) - 76 kg
2. Muhammad Haikal Saiful Adzha (Perlis) - 64 kg

Kejohanan Angkat Berat Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2014 berakhir dengan jayanya. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mahazir Baharom Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis diiringi Encik Hamidi Bin Lokman Pemangku Ketua Unit USPNTN Pulau Pinang.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah maka tamatlah Kejohanan Angakat Berat Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2014. Pihak USPTN Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan ini dan tahniah kepada pemenang - pemenang. Pihak Unit juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang kerana membantu melancarkan kejohanan pada kali ini dan kepada semua yang terlibat pada kejohanan ini sekali lagi diucapkan terima kasih sehingga jumpa lagi.
"KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN"
Sekian, Terima kasih
laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved