Saturday, June 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh : 21 Jun 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Zon Utara Siri 2/2014. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21 hingga 22 Jun 2014 di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Pulau Pinang. Sebanyak 4 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan SMK Mutiara Impian. Kejohanan ini dibantu oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Timur Laut sebagai Pengadil dan Teknikal semasa kejohanan berlangsung.

Pada hari ini telah berlangsung perlawanan bagi semua kategori dan bagi kategori bawah 12 tahun, Double bawah 14 tahun dan Double bawah 16 tahun telah berakhir pada hari ini. Keputusan pada hari ini adalah seperti berikut:

KATEGORI BAWAH 12 TAHUN BEREGU
JOHAN : PULAU PINANG
NAIB JOHAN: KEDAH
KETIGA : PERLIS

KATEGORI BAWAH 14 DOUBLE
JOHAN : PULAU PINANG
NAIB JOHAN: MUTIARA IMPIAN
KETIGA : KEDAH

KATEGORI BAWAH 16 DOUBLE
JOHAN : PULAU PINANG
NAIB JOHAN : KEDAH
KETIGA: PERLIS

Bagi kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun beregu akan berlangsung pada 22 Jun 2014 untuk perlawanan separuh akhir.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved