Wednesday, June 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 17 Jun 2014 (Selasa)
Masa : 4.30 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. En. Kamal Bin Omar - JSM
4. Atlet - 16 lelaki & 7 wanita

LATIHAN
1. Warming Up.
2. Prastice on their own number.
3. Simulation Games.

UJIAN
1. Jurulatih akan memaklumkan kepada PPN berkenaan ujian yang akan dijalankan dari masa ke semasa.

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit - Selangor Leg pada 12 hingga 15 Jun 2014 di Ampang Superbowl Summit, Subang USJ, Selangor. Pada kejohanan tersebut, 2 atlet telah memenangi emas bagi kategori Girls Open dan Boys U12.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik persendirian

PROGRAM BINAAN
1. Akan dijalankan pada bulan Ogos 2014 selepas perbincangan bersama jurulatih.

ULASAN
1. Kedatangan memuaskan tetapi ada sesetengah atlet tidak dapat hadir kerana ada latihan sukan sekolah.
2. Atlet-atlet SUKMA kembali menjalani latihan seperti biasa.
3.  Sebelum menjelang Ramadhan, atlet akan menyertai 1 kejohanan dalaman iaitu Piala Remaja Milo Ranking Master - 3rd Leg di Ole-Ole Kulim pada 28 Jun 2014.
4. Semasa pemantauan dibuat, atlet-atlet dapat menerima arahan serta teguran daripada jurulatih mengikut jadual latihan.
5. Di akhir pemantauan dibuat, sesi perjumpaan bersama jurulatih dan atlet dapat diadakan bagi mengenalpasti permasalahan atau isu berbangkit.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved