Monday, June 9, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2014

Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat

KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pengurus Sukan PN
2. En. Muhammad Nizam Bin Alang Karim - PPN Perlis
3. En. Mohd Suhairi Bin Othman - PPN P.Pinang
4. En. Wan Kalmizan - JSM Pelapis Kebangsaan
5. En. Wasyim Damanhuri - JLN Kelantan
6. En. Jaffery Low Wei Loon - Jurulatih Pelapis Serantau
7. En. Zainuddin Talib - JPM Melaka
8. En. Norisman Abd Manap - MSN Pelapis
9. Cik Liyana - Praktikal MSN

Hari ini bermula kem bakat sukan memanah siri 1/2014 yang akan berlangsung dari 7 hingga 12 Jun 2014 di Lapang Sasar Memanah Kompleks MSN Keramat. Kem pada kali ini mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Atlet-atlet yang dipilih berumur 15 tahun ke bawah sebagai pengenalan dan pendedahan awal berlatih di bawah bimbingan jurulatih pelapis kebangsaan dan lain- lain jurulatih yang berpengalaman.

Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar seramai 3 orang pemanah terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita iaitu Quak Ti g Sheng, Ahmad Abdillah serta Audrey Wong Li Ying. Selain itu, turut sama adalah 3 orang atlet serantau yang turut menjalani latihan bersama di Kem Bakat ini. Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini seramai 40 orang atlet melibatkan 22 lelaki dan 18 wanita.

Pada hari pertama hari ini bermula dengan sesi pendaftaran. Pada jam 2.00 petang para peserta diberi taklimat kem oleh En. Giam Fook Pang dan En. Wan Kalmizan selaku Ketua Jurulatih kem ini. Kemudian diikuti sesi suai kenal antara atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. Pada jam 3.00 hingga 6.00 petang bermula klinik pengenalan sukan memanah yang dikelolakan oleh En. Wan Kalmizan, En. Zainuddin, En. Wasyim dan En. Jaffery Low.

Seterusnya, pada hari kedua esok sesi klinik sukan memanah akan diteruskan dengan sesi praktikal dan amali. Diharap para atlet-atlet dapat menggunakan peluang ini mempelajari dan memperbaiki teknik- teknik memanah dari jurulatih yang membimbing mereka pada kem ini.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved