Sunday, June 22, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh : 22 Jun 2014 (Ahad)
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

Hari kedua berlangsungnya perlawanan antara kategori Regu bawah 14 tahun dan Regu bawah 16 tahun Peringkat separuh akhir. 

Bagi Kategori Regu Bawah 16 Tahun Johan Kumpulan A (Kedah A) akan bertemu Naib Johan Kumpulan B (Kedah B), manakala Johan Kumpulan B (Pulau Pinang A) bertemu Naib Johan Kumpulan A (Pulau Pinang B)

Bagi Kategori Regu 14 Tahun Johan Kumpulan A (Mutiara Impian A) bertemu Naib Johan Kumpulan B (Mutiara Impian B), manakala Johan Kumpulan B (Pulau Pinang A) bertemu Naib Johan Kumpulan A(Kedah B).

Keputusan untuk Kategori Regu Bawah 16 Tahun dan Regu Bawah 14 Tahun adalah seperti berikut:

KATEGORI BAWAH 16 TAHUN BEREGU

JOHAN : KEDAH A
NAIB JOHAN : PULAU PINANG A
KETIGA BERSAMA : KEDAH B DAN PULAU PINANG B

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN BEREGU

JOHAN : MUTIARA IMPIAN A
NAIB JOHAN : PULAU PINANG A
KETIGA BERSAMA : MUTIARA IMPIAN B DAN KEDAH B

Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2014 diakhiri dengan penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Dinie pegawai dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara dan di iringi oleh Ketua Unit USPTN Pulau Pinang En. Hamidi pada pukul 12.00 tengahari.

Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah maka tamatlah Kejohanan Sepak Takraw Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2014. Pihak USPTN Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan ini dan tahniah kepada pemenang-pemenang. Pihak Unit juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Sepak Takraw Daerah Timur Laut Pulau Pinang kerana membantu melancarkan kejohanan pada kali ini dan kepada semua yang terlibat pada kejohanan ini sekali lagi diucapkan terima kasih sehingga jumpa lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved