Monday, June 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh: 22 Jun 2014 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat: Politeknik Seberang Perai (PSP)

Hari terakhir Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku dan latihan rasmi (official sight test) oleh para pemanah. Tepat jam 9.00 pagi bermulalah  Pertandingan bagi jarak 40 meter kategori 16 tahun lelaki dan wanita serta jarak 20 meter kategori 12 tahun lelaki dan wanita. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi selepas rehat selama 30 minit pertandingan bagi jarak 30 meter kategori 16 tahun lalaki dan wanita serta jarak 20 meter kategori 12 tahun lelaki dan wanita telah dijalankan. 

Pertandingan bagi setiap jarak tamat pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Upacara penyampaian hadiah turut diserikan dengan kedatangan En. Ajmir Bin Mohd Saill selaku Ketua Jabatan Sukan, Ko Kurikulum dan Kebudayaan Politeknik Seberang Perai (PSP). Turut bersama ialah En. Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Kedah dan En. Abdul Aziz Bin Haron, Naib Presiden Persatuan Memanah Pulau Pinang. Di sebelah pagi lawatan pemantauan dilakukan oleh En. Dinie Suhaimi bagi mewakili Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Berikut adalah keputusan rasmi hari terakhir kejohanan yang membabitkan atlet-atlet negeri Pulau Pinang.

Lelaki 16 Tahun
1. Muhammad Ammar Adjmir - 1014/3
2. Abdul Haziq Abdul Rahim - 914/63
3. Afiq Azri Amlis - 880/7
4. Muhammad Izzudin Bin Jantan - 871/8 (PPS SMK Batu Kawan)
5. Yeoh Wei Khang - 663/11
6. Satheeswar Kawdar - 625/14
7. Mohd Alif Haiqal b Mohd Azmi - 461/16 (PPS Batu Kawan)
8. Naveer Fikri Zinuldin - 450/17
9. Muhammad Iqbal Hafiz B Ismail - 444/18
10. Muhammaf Ammar Auzaee - 440/19 (PPS SMK Batu Kawan)
11. Wan Azri Wan Ridzuan - 439/20 (PPS SMK Batu Kawan)
12. Teoh Tong Wei - 359/21
13. Ahmad Alif Aiman - 310/22
14. Amirul Aizat b Kahirul Amir - 249/23

Wanita 16 Tahun:
1. Audrey Wong Li Ying - 1035/2
2. Maiheesha Devi - 902/4
3. Narmata - 569/11
4. Nur Aina bt Muhamad - 536/12 (PPS SMK Batu Kawan)
5. Divyaa - 353/15

Lelaki 12 Tahun:
1. Muhammad Izzul - 1124/3
2. Faris - 1079/7
3. Mohd Zulfadhli Mohd Zaki - 1006/10
4. Md. Iman - 645/15
5.Muhammad Haziq Hamizan -511/16 (PPS SK Nibong Tebal)
6. Muhammad Fadzli Ibrahim - 501/17 (PPS SK Nibong Tebal)
7. Muhammad Nor Hafiz B Abdul Halim - 413/18 (PPS SK Nibong Tebal)
8.Teoh Wan Shin - 397/19
9. Muhammad Izam Irfan - 376/20 (PPS SK Nibong Tebal)

Wanita 12 Tahun :
1. Aisha Nabila Zafary - 834/10
2. Alia Izzatul - 706/11
3. Nur Syaqila Bt Yusaini - 562/13 (PPS SK Nibong Tebal)
4. Nur Aisyah Maisarah Bt Zainol - 559/14 (PPS SK Nibong Tebal)
5. Nuraina Aleeya Bt Hamid - 483/16 (PPS SK Nibong Tebal)
6. Siti Najiha Safiyya - 392/17 (PPS SK Nibong Tebal)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak bernasib baik diharap dapat meneruskan usaha dan latihan bagi menghadapi pertandingan yang akan datang. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang bekerjasama menjayakan penganjuran kejohanan pada kali ini. 

Sekian laporan bagi sukan memanah dari Politeknik Seberang Perai (PSP).

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved