Wednesday, July 16, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN TALENT ID SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Julai 2014 (Khamis) dan 5 Julai 2014 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi hingga 5.00 Petang dan 11.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung Cawangan, SRJK (C) Keong Hoe dan Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Jurulatih : Ulitina Mariia
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan


Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan Jurulatih Sukan Gimrama telah menganjurkan Program Talent Identification(TID) serta dibantu seorang wakil persatuan iaitu Puan Yeoh Beng Choo (Majlis Gimnastik Amatur Pulau Pinang). Program ini dijalankan untuk mencari bakat-bakat baru yang berminat dan berbakat untuk diserap masuk ke dalam Program Pelapis Negeri 2014 bagi sukan Gimrama dan untuk menjadi pelapis muda yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang secara amnya atau ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, Pihak Majlis telah mengadakan sesi ujian mengenalpasti bakat Talent ID (TID) bagi sukan Gimrama pada 3 Julai 2014. Jurulatih Ulitina Mariia mengadakan sesi pencarian bakat baru (TID) di SJK (C) Min Sin, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Shih Chung Cawangan dan SRJK (C) Keong Hoe.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama dengan turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Pelajar dikehendaki memanaskan badan dahulu dan selepas itu barulah pelajar dikehendaki melakukan rutin yang mudah dan ringkas seperti yang ditunjukkan oleh jurulatih. Selepas semua pelajar melakukan rutin yang ditunjukkan barulah jurulatih memilih pelajar yang dirasakan sesuai untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.

Hasil daripada sesi pemilihan yang pertama ini, jurulatih telah memilih seramai 85 orang pelajar perempuan daripada keempat-empat sekolah untuk menjalani sesi pemilihan peringkat kedua.
Program pencarian bakat baru (TID) sukan Gimrama peringkat kedua telah dijalankan pada 5 Julai 2014 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 20 orang pelajar telah hadir untuk sesi pemilihan peringkat kedua. Program dimulakan dengan jurulatih Mariia memberi taklimat berkenaan rutin Gimrama yang dijalankan pada hari tersebut. Selepas selesai taklimat daripada jurulatih, para pelajar melakukan beberapa rutin Gimrama yang ditunjukkan oleh jurulatih.

Setelah ujian selesai dijalankan, jurulatih telah memilih 8 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi pagi dan 5 orang pelajar untuk menjalani latihan pada sesi petang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved