Saturday, June 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh : 20 Jun 2014
Tempat: Politeknik Seberang Perai (PSP)
Masa: 3.00 pm hingga 6.30 pm


Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 bermula  dari 20 hingga 22 Jun 2014. Jadual pada hari ini bermula dengan pendaftaran atlet pada jam 3.30 petang. Tepat jam 4.30 petang telah bermula sesi latihan rasmi (sight test) sehingga jam 6.30 petang. Pada masa yang sama juga telah berlangsung mesyuarat pengurus pasukan. Turut hadir pada mesyuarat ini adalah En. Dinie mewakili Cawangan Pelapis MSN.

Sebanyak 8 pasukan mengesahkan penyertaan terdiri daripada Pulau Pinang, Kedah, Perlis, PPS SMK Batu Kawan, PPS SK Nibong Tebal, SAC Team (SK Singkir), D n G Archery Club (SMK Gurun) dan SPS SMK Taman Widuri. Melibatkan penyertaan seramai 74 orang atlet (32 wanita, 42 Lelaki).

Esok hari kedua akan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan latihan rasmi. Jarak pertama bagi setiap kategori akan bermula pada pukul 9.00 pagi.

Sekian laporan bagi sukan memanah dari Politeknik Seberang Perai (PSP).

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved