Monday, June 23, 2014

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN TINJU PELAPIS ZON UTARA SIRI 2/2014

Tarikh :  20 - 22 Jun 2014
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban MSN Pulau Pinang

Bermula pada 20 hingga 22 Jun 2014, Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2014 telah diadakan di Msn Pulau Pinang. Kejohanan yang melibatkan 3 buah negeri melibatkan atlet seramai 39 orang. Kategori yang dipertandingkan mengikut pecahan umur 13 - 14 dan 15 – 16 tahun. Acara bermula pada hari jumaat dengan mesyuarat pengurus pada pukul 8.00 malam di Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang.

Keesokan harinya, pertandingan dimulakan dengan sesi pemeriksaan kesihatan dan timbang berat bagi menentukan kategori setiap petinju diikuti dengan sesi undian. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dimana melibatkan 10 bout. Acara merangkumi perlawanan peringkat awal dan akhir. Perlawanan tamat pada jam 4.30 petang.

Hari akhir kejohanan melibatkan 12 bout merangkumi semua acara akhir bagi setiap ketogori umur. Acara dimulakan pada 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Kejohanan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah. Turut hadir pada sesi penyampaian hadiah Mejar Wan Abdul Hamid Wan Mahmood selaku Presiden Pertauan Tinju Amatur Pulau Pinang, En. Dinie Suhaimi selaku Pegawai pengurus sukan Cawangan Pelapis dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Kejohanan secara keseluruhannya selesai pada jam 5.30 petang.           

Berikut pecahan pingat mengikut negeri yang bertanding.

PERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
EMAS
PERAK
GANGSA
EMAS
PERAK
GANGSA
EMAS
PERAK
GANGSA
4
3
0
7
5
2
6
10
2 

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved