Sunday, March 16, 2014

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 1/2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 14 hingga 16 Mac 2014
Tempat : Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

Pasukan Pulau Pinang telah menyertai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Tengah Siri 1/2014 bermula 14 hingga 16 Mac 2014 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor. Pasukan Pulau Pinang telah menghantar atlet untuk mengambil bahagian di kejohanan tersebut seramai 8 orang.

Kejohanan ini juga merupakan sebagai salah satu langkah kesinambungan program pembangunan menembak bagi menilai prestasi setiap atlet baru di bawah Program Pelapis Unit Sukan Prestasi Negeri masing-masing. Ia juga memberi pendedahan baru kepada atlet yang mengambil bahagian.

Sesi pendaftaran dan pemeriksaan peralatan telah dijalankan. Atlet juga telah membuat latihan rasmi menembak sebagai persediaan kejohanan. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan berlangsung pada jam 3.00 petang (14 Mac 2014)

Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu 10M Air Pistol (Lelaki), 10M Air Pistol (Wanita), 10M Air Rifle (Lelaki) dan 10M Air Rifle (Wanita). Bagi Pasukan Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi 3 acara iaitu 10M Air Pistol (Lelaki), 10M Air Pistol (Wanita) dan 10M Air Rifle (Wanita).

Berikut merupakan keputusan kejohanan tersebut :-

Acara   : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
Emas    : Chai Bo Kang (Selangor) – 545 Mata
Perak    : Raja Danish Aiman (Selangor) – 524 Mata
Gangsa : Lee Her Jun Jonathan (Pulau Pinang) - 512 Mata

Acara   : 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
Emas    : Elleen Lim Yi Ling (Pulau Pinang) – 346.1 Mata
Perak    : Allycia Tan Kai Ling (Selangor) – 339.3 Mata
Gangsa : Hanis Hazirah (Perak) – 337.2 Mata

Acara   : 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
Emas    : Mohd Syukri Zulkifli (Selangor) – 582.4 Mata
Perak    : Mohamed Raimi Rusyaidi Rokhaime (WP Kuala Lumpur) – 572.3 Mata
Gangsa : Muhd Ikhmal Bin Mat Zuki (WP Kuala Lumpur) – 543.1 Mata

Acara   : 10M Air Rifle - Wanita (Individu)
Emas    : Nur Izazi Binti Rosli (WP Kuala Lumpur) – 399.5 Mata
Perak    : Nur Syahirah Ahmad Nadzri (Selangor) – 399.3 Mata
Gangsa : Delaila Iskandar Richard (Selangor) – 396.6 Mata

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang cemerlang dan kepada yang tewas jangan berputus asa.

Sekian sahaja Laporan Ringkas Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Tengah Siri 1/2014 bagi Sukan Menembak.

Sekian,Terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved