Saturday, March 1, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 27 Februari 2014 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM

ATLET
1. 12 orang atlet.

LATIHAN
1. 10M Air Pistol Men
2. 10M Air Pistol Woman
3. 10M Air Rifle Men
4. 10M Air Rifle Woman

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Fizikal akan dijalankan pada 1 dan 2 Mac 2014 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2014 pada 19 Hingga 23 Mac 2014 bertempat di Kompleks Lapang Sasar Menembak Tok Jembal, Terengganu.
2. Akan menyertai Kejohanan Menembak Sportexcel /NSC/MILO/NSAM 3rd Malaysian Junior Shooting Championships dan NSAM President Ally T.H. Ong Trophy 2014 pada 26 hingga 30 Mac 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.
3. Mohamad Ashraf telah menyertai SUKIPT Shooting Championship 2014 pada 10 hingga 14 Februari 2014 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.
4. Atlet Sukan Menembak telah menyertai Kejohanan Menembak Sport Excel /NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysian Junior Shooting Championships dan Tun Tan Siew Sin Trophy 2014 pada 20 hingga 23 Februari 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Perlu membeli jaket baru bagi acara Air Rifle kerana jaket yang sedia ada tidak mencukupi dan rosak.

PROGRAM BINAAN
1. Talent ID (TID) akan dijalankan selepas Sukan Malaysia XVII, Perlis kerana kekangan masa dan tarikh untuk jalankan Talent ID (TID) belum diputuskan lagi. Bagi Talent ID (TID) untuk tahun 2014 jurulatih memfokuskan akan mengambil atlet lelaki sahaja kerana kekurangan atlet lelaki.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan kepada PPN bahawa beliau masih dalam peringkat perbincangan dengan Kelab Menembak Pulau Pinang tentang latihan pada waktu malam untuk atlet yang tidak dapat menjalani latihan pada waktu pagi dan tarikh untuk memulakan latihan pada waktu malam belum diputuskan lagi.
2. Atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi dua kejohanan pada bulan Mac akan datang terutamanya atlet bawah umur 16 tahun.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved