Saturday, March 1, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE GIMNASIUM MSNPP BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 28 Februari 2014 (Jumaat)
Masa : 3.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Puan Mariani Binti Sanawi – Pegawai Belia & Sukan, Suaian Fizikal ISNPP
2. Encik Ahmad Faizal Bin Nazari - Pelajar Praktikal ISNPP
3. Encik Tang Len Vin - Pelajar Praktikal ISNPP
4. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM
5. Azira Binti Azizan - PPN USPTNPP

ATLET
1. 12 orang atlet.

LATIHAN
1. Warm up and  stretching
2. Berlari tiga pusingan
3. Regangan Dinamik
4. Latihan Litar (10 Stesen)
5. Strength Endurance
6. Senaman Jari

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Fizikal akan dijalankan pada 1 dan 2 Mac 2014 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2014 pada 19 Hingga 23 Mac 2014 bertempat di Kompleks Lapang Sasar Menembak Tok Jembal, Terengganu.
2. Akan menyertai Kejohanan Menembak Sportexcel/NSC/MILO/NSAM 3rd Malaysian Junior Shooting Championships dan NSAM President Ally T.H. Ong Trophy 2014 pada 26 hingga 30 Mac 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.
3. Mohamad Ashraf telah menyertai SUKIPT Shooting Championship 2014 pada 10 hingga 14 Februari 2014 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.
4.Atlet Sukan Menembak telah menyertai Kejohanan Menembak Sportexcel /NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysian Junior Shooting Championships dan Tun Tan Siew Sin Trophy 2014 pada 20 hingga 23 Februari 2014 bertempat di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, Selangor.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
1. Talent ID (TID) akan dijalankan selepas Sukan Malaysia XVII, Perlis 2014 kerana kekangan masa dan tarikh untuk jalankan Talent ID (TID) belum diputuskan lagi. Bagi Talent ID (TID) untuk tahun 2014 jurulatih memfokuskan akan mengambil atlet lelaki sahaja kerana kekurangan atlet lelaki.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet menjalani latihan fizikal di Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada setiap hari jumaat.
2. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Pegawai ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi , Encik Ahmad Faizal Bin Nazari (Pelajar Praktikal ISNPP) dan Encik Tang Len Vin (Pelajar Praktikal ISNPP).
3. Latihan fizikal yang dijalankan pada hari tersebut ialah Strength Endurance dan latihan litar. Latihan litar ini mempunyai 10 stesen dan masa yang diperuntukkan selama 1 minit dan perlu dilakukan sebanyak 3 set.
4. Latihan litar tersebut ialah :- 
          i - Squat
          ii - Wall Sit
          iii - Push Up
          iv - Militarry Sit Up
          v - Star Jump
          vi - Front and Lateral Raise
          vii - Triceps Dip
          viii - Wrist Curl
          ix - Hold Push Up
          x - Skipping
5. Setelah selesai latihan litar, pegawai dari ISNPP telah memberikan penerangan kepada atlet tentang senaman jari yang perlu atlet lakukan sebanyak 3 set selepas atlet selesai menjalani latihan menembak dan perlu dilakukan sebanyak 2 kali sehari.
6. Senaman Jari yang perlu atlet lakukan adalah seperti berikut :-
          i - Thumb to Finger Pinch (Hold 10 Seconds)
          ii - Finger to Finger Pinch (Hold 10 Seconds)
          iii - Full Hand Pinch (Hold 10 Seconds)
          iv - Cool Down Stretch (Swinging)

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved