Saturday, March 8, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO-MTBC MALAYSIAN JUNIOR CIRCUIT 2014 - MELAKA LEG

Tarikh : 7 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang hingga 11.45 malam
Tempat : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka

Sekali lagi Melaka menjadi venue kedua pertandingan untuk Kejohanan SPORTEXCEL NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit 2014 - Melaka Leg. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Mac 2014 di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka. Penyertaan untuk kejohanan kali ini seramai 429 atlet dimana 266 atlet lelaki dan 163 atlet wanita yang melibatkan penyertaan dari seluruh negeri di Malaysia. Menurut pihak penganjur, penyertaan kali ini adalah penyertaan yang teramai.

Edisi kali ini mempertandingkan sebanyak 6 kategori iaitu Boys Open, Girls Open, Boys Graded, Girls Graded, Boys U12 dan Girls U12. Berikut adalah pecahan atlet mengikut kategori yang dipertandingkan :-

1) Boys Open - 76 pemain
2) Girls Open - 44 pemain
3) Boys Graded - 130 pemain
4) Girls Graded - 76 pemain
5) Boys U12 - 60 pemain
6) Girls U12 - 43 pemain

Skuad Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 22 orang yang merangkumi 12 atlet lelaki dan 10 atlet wanita. Untuk hari pertama kejohanan, sebanyak 2 kategori sahaja dipertandingkan iaitu Girls Graded dan Girls Open. Pertandingan bermula pada jam 2.30 petang dengan kategori Girls Graded dan bersambung bagi kategori Girls open jam 7.30 petang.

Berikut keputusan rasmi pertandingan yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang.

GIRLS GRADED (ROUND 1)

1. Aina Alyaa Bt Zulamri - 1344 jatuhan pin (14/avg 168.00)
2. Alyaa Addini Bt Zulamri - 1155 jatuhan pin (49/avg 144.38)
3. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1134 jatuhan pin (55/avg 141.75)
4. Ummi Umaimah Bt Abdullah - 1133 jatuhan pin (56/avg 141.63)
5. Melissa Khong Xia Yi - 1119 jatuhan pin (57/avg 139.88)
6. Kelly Lau Suet Kei - 1047 jatuhan pin (62/avg 130.88)
7. Nurul Eliana Bt Mohamad Yaacob - 982 jatuhan pin (72/avg 122.75)

GIRLS OPEN (ROUND 1)

1. Nur Azreen Syahirah Bt Ahmad Rizal - 1419 jatuhan pin (12/avg 177.38)
2. Syazwani Bt Annuar - 1286 jatuhan pin (23/avg 160.75)

Berikut nama atlet Pelapis Pulau Pinang yang layak ke pusingan kedua :-

GIRLS GRADED

1. Aina Alyaa Binti Zulamri

GIRLS OPEN

1. Nur Azreen Syahirah Bt Ahmad Rizal

Bagi kategori Girls Graded seramai 24 pemain dan Girls Open 16 pemain akan layak ke pusingan kedua pada 9 Mac 2014 (Ahad)

Kejohanan hari ini tamat pada jam 11.45 malam dan bersambung pada esok hari dengan kategori Boys Graded (9.00 pagi), Boys Open (1.30 petang), Boys U12 dan Girls U12 (5.30 petang).

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved