Wednesday, March 5, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 4 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 4.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. 15 orang atlet pelapis dan pembangunan

LATIHAN
1. Warm up and stretching
2. Court control training
3. Endurance and rally training
4. Drop shot drill

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan CIMB Rising Stars National Junior Circuit 2014 - 1st Leg pada 5 hingga 9 Mac 2014 bertempat di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
2. Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 pada 24 hingga 30 Mac 2014 di Negeri Sembilan. 

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan bahawa seorang atlet pelapis negeri iaitu Nur Aliah Izzati telah menyertai Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) 2014 - Putrajaya Leg pada 27 Februari hingga 2 Mac 2014. Ia sebagai pendedahan kepada Nur Aliah bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman. 
2. Vanessa Raj layak bersaing pada Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Dunia 2014 di Pulau Pinang atas tiket wild card. Beliau telah diundi menentang Laura Massaro (England) pemain di ranking kedua wanita dunia. Selain itu, Celine Yeap Shu Wan turut akan bersaing di pusingan kelayakan pada kejohanan ini.
3. Atlet-atlet akan menyertai Kejohanan CIMB Rising Stars 2014 - 1st Leg di Bukit Jalil. Pada kejohanan ini hanya melibatkan kategori lelaki dan wanita bawah 9 tahun, 11 tahun dan 13 tahun. 
4. Pulau Pinang menjuarai 3 kategori pada Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan ke 9 2014 pada bulan lepas. Berikut senarai pemenang dari Pulau Pinang:

Boys U11 : Ishant Shah
Girls U15 : Nur Aliah Izzati
Girls U19 : Vanessa Raj

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved