Tuesday, March 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY WANITA DUNIA 2014

Tarikh: 17 Mac 2014 (Isnin)
Tempat: Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kejohanan Penang - CIMB Skuasy Wanita Dunia 2014 membuka tirainya dengan pusingan kelayakan bermula 15 sehingga 17 Mac 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar. Manakala pusingan pertama bakal dilangsungkan di SPICE Arena, Relau, Bayan Lepas bermula dari 18 hingga 23 Mac 2014. Pada pusingan kelayakan menyaksikan lima orang atlet pelapis negeri turut bersaing serta menimba pengalaman beraksi di pentas tertinggi skuasy wanita dunia. Atlet-atlet terbabit merupakan atlet pelapis negeri Pulau Pinang iaitu Sara Chew, Nur Aliah Izzati, Lim Jee Nee, Zetty Zawanah dan Celine Yeap Shu Wan. Seorang lagi atlet pelapis negeri iaitu Vanessa Raj bakal beraksi di pusingan pertama kejohanan selepas diberikan tiket "wild card". Beliau dijadualkan menentang pemain nombor dua dunia iaitu Laura Massaro dari England. Akhir kata, Diharap atlet-atlet yang berpeluang beraksi pada kejohanan ini dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin serta menjadi pencetus semangat untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. 

Beikut dilampirkan keputusan rasmi kejohanan pada hari pertama :-

PUSINGAN KELAYAKAN (15-17 Mac 2014)

1ST ROUND

AHN EUN CHAN (KOR) vs NUR ALIAH IZZATI (MAS/PEN) - 11/4,11/5,11/6 (18 mins)

RACHEL ARNOLD (MAS/KL) vs SARA CHEW ROU-YI (MAS/PEN) - 14/12,/11/3,11/2 (20 mins)

CELINE YEAP (MAS/PEN) vs LIM JEE NEE (MAS/PEN) - 11/6,/11/8,11/7 (25 mins)

TEH MIN JIE (MAS/SEL) vs SARA CHEW (MAS/PEN) - 11/8,11/1,11/6 (19 mins)

2ND ROUND

TESNI EVANS (WAL) vs CELINE YEAP (MAS/PEN) - 11/6,11/5,9/11,11/6 (34 mins)

Sekian, terima kasih.

Laporan Hari Pertama Kejohanan.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved