Saturday, March 15, 2014

LAPORAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA SIRI 1/2014

Tarikh : 14 Mac 2014 (Jumaat)
Tempat : Majlis Sukan Negeri, Kedah Darul Aman.
Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 telah membuka tirai pada tahun 2014 dimana penganjuran pertama dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Mac 2014 bertempat di dua venue yang berasingan iaitu Stadium Sultan Abdul Halim dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Sebanyak 3 negeri (Kedah, Perlis & Pulau Pinang) telah mengambil bahagian dimana 5 sukan akan dipertandingkan iaitu Memanah, Sepak Takraw, Tinju, Angkat Berat dan Olahraga. Bagi sukan Menembak telah menyertai Kejohanan Pelapis Zon Tengah Siri 1/2014 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang, Selangor.
Pergerakan kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi dan tiba di penginapan masing-masing pada jam 11.30 pagi. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
1. Sukan Memanah - 20 orang
2. Sukan Sepak Takraw - 26 orang
3. Sukan Tinju - 14 orang
4. Sukan Angkat Berat - 20 orang
5. Sukan Olahraga - 15 orang
6. Sukan Memanah (PPS) - 5 orang
7. Sukan Menembak - 8 orang

JUMLAH KESELURUHAN - 108 orang.
Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan peringkat Zon sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.
Untuk hari ini, Pasukan Pulau Pinang telah memulakan sesi latihan di lokasi yang telah ditetapkan. Latihan yang dijalankan adalah sebagai persiapan untuk berjuang pada keesokan harinya. Hanya sukan Memanah sahaja yang memulakan  "Sightest" dan "Pemeriksaan Peralatan".

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana pasa sebelah petang hanya sukan Angkat Berat dan Memanah manakala bagi sukan Tinju & Sepak Takraw bermula pada sebelah malam. Secara keseluruhan pada mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit. Bagi Sukan Olahraga Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 15 Mac 2014 di SMK Tunku Anum.
Untuk makluman Pengurus Sukan Pelapis Negeri iaitu Encik Vimalan a/l Palaniappan turut hadir ke Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2014. Kehadiran beliau pada kejohanan kali ini sebagai Pegawai Pemantau mewakili Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih
Laporan Hari Pertama Kejohanan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved