Wednesday, March 8, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 5 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Element check - freehand, hoop & ball

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 1/2017 akan dijalankan pada 14 Mac 2017 jam 8.00 malam

PERTANDINGAN
1. MSSM GIMRAMA 2017 yang akan berlangsung pada 17 hingga 22 Mac 2017.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN

1. Jurulatih memaklumkan beliau bersetuju untuk menyambung kontrak jurulatih separuh masa sementara menunggu pihak persatuan mencari jurulatih yang baru.
2. Jurulatih juga sekali lagi memohon maaf kerana komitmen pekerjaan sepenuh masa beliau sebagai pegawai di bank tidak dapat memberi kerjasama dalam menyertai kursus-kursus yang ditawarkan daripada pihak MSNPP.
3. Jurulatih memaklumkan beberapa orang atlet yang mempunyai potensi tetapi masih tidak cukup lathan yang dijalankan memandangkan beliau hanya mengajar 2 sesi dalam satu minggu sahaja dan sekarang melebihkan sedikit masa latihan bagi atlet yang akan ke MSSM.
4. Atlet yang akan ke kejohanan MSSM 2017 akan menjalani latihan pusat di Akademi Gimrama 2017 pada 13 hingga 16 Mac 2017.
5. Kejohanan MSSPP yang baru sahaja berlangsung atlet pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 22 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved