Monday, March 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 18 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTN
2. Pn. Nooraini Abd Rahman - JSM USPTN
3. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
4. 16 orang atlet

LATIHAN
1. Warm up dan stretching
2. Basic drill and practice
3. Cooling down

PERTANDINGAN
Kejohanan Sport Excel NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit 2017 - Penang Leg dijadualkan berlangsung pada 31 Mac hingga 2 April 2017 di Mega Bowling Centre, Perai.

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Ceramah Psikologi Sukan dan Pemakanan Sukan oleh ISN P.Pinang pada 15 Mac 2017 di Bilik Cemerlang, MSNPP.

ULASAN RINGKAS
1. PPN telah menerima surat terima tawaran sambungan lantikan jurulatih bagi program pelapis negeri 2017 daripada En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooraini Bt Abd Rahman.
2. Kehadiran atlet semasa latihan memuaskan dan tiga orang atlet tidak dapat hadir dengan kebenaran jurulatih.
3. Seorang atlet iaitu Mohamed Imran Bin Nazir Hussain menarik diri dari program kerana menumpukan persediaan peperiksaan PT 3. PPN telah menerima surat persatuan untuk menggantikan tempat beliau dengan Muhammad Muzammil Ifza Bin Hamdan berdasarkan penilaian semasa National Evaluation (AA+). 
4. Sesi latihan berjalan dengan lancar dan baik.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved