Wednesday, March 15, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TINJU TERTUTUP/ANTARA KELAB/NOVIS PULAU PINANG 2017

Tarikh : 11 - 12 Mac 2017
Masa : 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju  Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Pada 11 dan 12 Mac 2017 telah berlangsung Kejohanan Tinju Tertutup/ Antara Kelab/ Novis Pulau Pinang 2017 di Gelanggang Tinju MSN Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang. Pertandingan ini merupakan anjuran Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang (PABA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan USPTN Pulau Pinang. Sebanyak empat kategori umur telah dipertandingkan iaitu 13-14 tahun, 15-16 tahun, 17-18 tahun dan 19  tahun ke atas (terbuka). Penyertaan atlet adalah seramai 40 orang dengan mewakili 3 kelab atau pusat latihan tinju di Pulau Pinang iaitu Pasukan PLN MSNPP, PLN Titi Mukim dan Kelab Tinju Indian Star. Sesi timbang berat atlet telah dijalankan pada 11 Mac 2017 jam 8.00 pagi di Bilik Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Pertandingan bermula pada jam 2.00 petang di Gelanggang Tinju MSN Pulau Pinang. Keputusan rasmi kejohanan ini menyaksikan Pasukan PLN MSNPP meraih 14 Emas, 13 Perak dan 2 Gangsa, PLN Titi Mukim merangkul 6 Emas, 8 Perak dan 3 Gangsa manakala Pasukan Kelab Tinju Indian Star meraih 2 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Frederick Tan Teck An, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Kejohanan ini juga dijadikan persediaan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 1/2017 pada 27 hingga 31 Mac 2017 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved