Friday, March 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) PERINGKAT NEGERI 2017

Tarikh : 27 Februari hingga 2 Mac 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth

Pada 27 Feb hingga 2 Mac 2017, Jawatankuasa Teknik Sepaktakraw Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw MSSPP Peringkat Negeri 2017 yang bertempat di SMK Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil serta mencari bakat - bakat pelajar untuk diserap masuk mewakili pasukan Pulau Pinang ke kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Kelantan. Kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 9 zon seluruh Pulau Pinang yang melibatkan 3 peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun yang merangkumi 304 pelajar secara keseluruhannya.

Selesai kejohanan MSSPP ini, pelajar yang terpilih akan menjalani pemilihan terakhir pada 7 Mac 2017 sebelum berkampung selama 5 hari 4 malam bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2017 di SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan. 

Berikut disertakan keputusan penuh sepanjang kejohanan ini berlangsung.

BAWAH 12 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Butterworth
Perak - Zon Kepala Batas
Gangsa - Zon Bukit Mertajam
Keempat - Zon Air Itam

BAWAH 12 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Butterworth A
Perak - Zon Kepala Batas C
Gangsa - Zon Bukit Mertajam B
Keempat - Zon Air Itam A

BAWAH 15 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Bukit Mertajam
Perak - Zon Nibong Tebal
Gangsa - Zon Butterworth
Keempat - Zon Permatang Pauh

BAWAH 15 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Bukit Mertajam A
Perak - Zon Nibong Tebal A
Gangsa - Zon Butterworth A
Keempat - Zon Permatang Pauh A

BAWAH 18 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Kepala Batas
Perak - Zon Bukit Mertajam
Gangsa - Zon Balik Pulau 
Keempat - Zon Butterworth

BAWAH 18 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Kepala Batas B
Perak - Zon Bukit Mertajam C
Gangsa - Zon Kepala Batas A
Keempat - Zon Balik Pulau B

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 12 TAHUN)
Tekong - Iskandar Anuar
Apit Kiri - Hakim Marzuki
Apit Kanan - Mohd Hairi

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 15 TAHUN)
Tekong - Fakhrul Akhmal Nakoin
Apit Kiri - Danial Hafiz Abdul Hadzi Aidi
Apit Kanan - Amirul Shamim Sulaiman

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 18 TAHUN)
Tekong - Muhammad Faisal Hj Mohd Fuad
Apit Kiri - Mohamad Nazhan Noor Zambri
Apit Kanan - Mohamad Haikal Jamil

JOHAN KESELURUHAN 
Bawah 12 tahun - Zon Butterworth
Bawah 15 tahun - Zon Bukit Mertajam
Bawah 18 tahun - Zon Kepala Batas

Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar dan setiap pemain telah menunjukkan prestasi yang menbanggakan. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Encik Ismail Bin Mohd Said Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPP dengan diiringgi oleh Encik Mohd Azan Ismail Penyelaras Sepaktakraw JPPP. Pihak Urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kejohanan kali ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa-masa hadapan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved