Tuesday, March 21, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA DAERAH FASA 1/2017

Tarikh : 19 Mac 2017 (Ahad)
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang  dan Majlis Sukan Daerah telah menganjurkan Kejohanan "Kejohanan Taekwondo Antara Daerah Fasa 1/2017. Pertandingan ini berlangsung pada 19 Mac 2017 (Ahad) bertempat di Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Lima kategori telah dipertandingkan iaitu :-

1. 6-8 tahun (lelaki dan wanita)
2. 9-11 tahun (lelaki dan wanita)
3. 12-14 tahun (lelaki dan wanita)
4. 15-17 tahun (lelaki dan wanita)

Pada edisi tahun ini statistik penyertaan menunjukkan seramai 68 orang mengambil bahagian terdiri daripada 40 atlet lelaki dan 28 atlet wanita. Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti berikut :-

1. Daerah Barat Daya - 10 Emas, 6 Perak, 2 Gangsa
2. Daerah Timur Laut - 5 Emas, 5 Perak, 3 Gangsa
3. Daerah Seberang Perai Utara - 4 Emas, 2 Perak, 2 Gangsa
4. Daerah Seberang Perai Tengah - 4 Emas, 3 Perak, 1 Gangsa
5. Daerah Seberang Perai Selatan - 3 Emas, 4 Perak, 5 Gangsa

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang dan sekalung penghargaan kepada Taekwondo Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Daerah atas kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini. 

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved