Thursday, March 16, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 15 Mac 2017 (Rabu)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Muhammad Ammar  (JSM)
3. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 25 orang

LATIHAN
1. Technical
2. Tactical
3. Endurance

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 1/2017 ditunda kepada bulan April 2017 dan akan dimaklumkan kepada PPN kerana jadual ISN yang telah dipenuhi dengan program tahunan yang telah dirancang.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan MSSM Skuasy yang bermula pada hari ini iaitu 18 hingga 25 Mac 2017 di Selangor.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana majoriti daripada atlet pelapis negeri yang akan mewakili Pulau Pinang di Kejohanan MSSM 2017. Mereka telah menjalani latihan pusat bersama jurulatih dan pemantauan daripada guru-guru yang ditugaskan.
2. Seramai 20 orang atlet pelapis akan ke kejohanan MSSM tersebut. Jurulatih memaklumkan atlet bersedia untuk ke kejohanan tersebut cuma semasa kejohanan atlet perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana jurulatih tidak berada di tempat kejohanan hanya guru yang memantau.
3. Atlet akan bertolak ke kejohanan MSSM pada hari Sabtu 18 Mac dan pulang ke Pulau Pinang pada 24 Mac 2017 seperti yang dimaklumkan oleh guru bertugas iaitu Encik Nubhan Bin Yahaya dan Puan Marlina Bt Md Isa.
3. JSM (Muhammad Ammar) menyerahkan surat tawaran terima lantikan sebagai JSM USPTNPP yang menggantikan tempat jurulatih sebelum ini.
4. PPN menegur laporan daripada jurulatih yang begitu general supaya menulis latihan yang dijalankan dengan lebih spesifik bagi memudahkan PPN untuk menerangkan kepada Pengarah sekiranya mempersoalkan latihan yang dijalankan oleh jurulatih. Jurulatih mengambilmaklum berkenaan hal ini dan akan menghantar laporan yang lebih spesifik.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved