Thursday, March 16, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 5.30 pm - 7.00 pm
Tempat : Gelanggang JBSNPP, Batu Uban

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Francis Su - JSM

ATLET
1. 9 Orang

LATIHAN
1. On court drills
2. Match play tactics

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 1/2017 akan ditunda kepada bulan April diatas faktor-faktor kedatangan atlet pelapis Pulau Pinang dan selepas perbincangan persatuan dijalankan.

PERTANDINGAN
1. LTAM Junior Tour 2017 Leg 4 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2017 di Kelantan

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. PPN menyerahkan satu dozen bola tenis kepada jurulatih yang diterima daripada Majlis Sukan Negara

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan kerana minggu ini adalah minggu peperiksaan seperti yang dimaklumkan oleh jurulatih. Atlet akan datang lewat selepas ulangkaji pelajaran di sekolah dan beberapa atlet yang menduduki peperiksaan akan terus menjalani latihan match play tactics.
2. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa orang atlet yang menyambung pelajaran di Kuala Lumpur dan jurulatih tidak dapat memantau latihan mereka akan dikeluarkan dari program. Penapisan atlet yang terakhir dalam program pelapis oleh pihak persatuan akan dilakukan selepas mensyuarat persatuan yang akan dijalankan. Mesyuarat tersebut akan dijalankan pada masa dan tarikh akan ditetapkan oleh presiden dan dimaklumkan kepada PPN.
3. Jurulatih turut membincangkan sukan tenis dalam SUKMA PERAK 2018 dimana seperti yang sedia maklum pihak MSNPP memaklumkan masih tiada keputusan samada sukan itu dipertandingkan ataupun tidak. Namun begitu, sukan itu berada dalam senarai teratas untuk pemilihan. Mohon pihak jurulatih untuk menunggu dan membuat persiapan sebagai persediaan.
4. Pada kejohanan LTAM Leg 3 yang lepas pasukan pelapis Pulau Pinang masih tidak dapat memenangi sebarang pingat hanya berjaya ke peringkat separuh akhir. Prestasi ini adalah kurang memuaskan dan pihak jurulatih memaklumkan latihan dijalankan tetapi semasa pertandingan perlu dikawal oleh atlet sendiri dan jurulatih memberi semangat dan arahan kepada atlet. Sekiranya tidak mempunyai keputusan, beliau memohon pihak USPTNPP memberi masa untuk beliau kerana dari segi pembangunan beberapa daripada mereka mempunyai bakat.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved