Monday, March 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 8 Orang

LATIHAN
1. Physical Exercise
2. Element check (ball, rope and clubs)

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan keputusan atlet pelapis Pulau Pinang pada kejohanan MSSM yang lepas tidak memuaskan memandangkan beberapa atlet baru menjalani latihan FIG tidak sampai 5 bulan untuk ke kejohanan tersebut.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih dimana atlet dan jurulatih sendiri perlu bersedia untuk menjalani latihan mengikut peraturan kejohanan yang disediakan. Namun begitu jurulatih mengatakan beliau sebagai jurulatih separuh masa dengan kekangan masa memang tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan bersama atlet.
3. Pihak persatuan dalam usaha untuk mencari jurulatih sepenuh masa bagi melatih atlet yang sedia ada memberikan komitmen.
4. Bagi Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit Pertama, yang akan berlangsung pada 14~15.04.2017. Pasukan Pelapis Pulau Pinang hanya mencapai syarat minimum disediakan iaitu gred 4 atau junior iaitu seramai 3 orang. Oleh itu pihak persatuan bersetuju untuk memaklumkan kepada ibu bapa tiada bajet disediakan untuk ke kejohanan tersebut disebabkan hanya 3 orang gimnas yang layak. Sekiranya ibu bapa ingin membawa gimnas menyertai kejohanan tersebut perlu menanggung kos sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved