Monday, November 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 23 November 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Stadium MPSP, Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Ammar Ramdzan - JPM Pelapis Serantau
2. Hazril Bin Hassan - JPM MSNPP
3. Krishnan Thambusamy - JPM MSNPP
4. Mohd Nadri Mahmood - JSM USPTN
5. Mohd Hamdi Yusuf - JSM PLD
6. Subramaniam a/l Sengodan - JSM PLD
7. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
8. 34 Orang atlet

PROGRAM BINAAN
Klinik Sukan Olahraga dan latihan bersama antara PLN dan PLD USPTN Pulau Pinang

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 3 Disember 2016 bertempat di Melaka

ULASAN RINGKAS
1. Klinik dan latihan bersama antara PLN dan PLD USPTN telah dijalankan di Stadium MPSP Jalan Betik, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini sebagai persiapan atlet-atlet menghadapi Kejohanan Olahraga Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 di Melaka. Seramai 34 orang atlet telah menyertai program ini yang melibatkan satu PLN dan tiga PLD di bawah program USPTN Pulau Pinang.
2. Klinik ini memberi fokus kepada enam acara iaitu lontar peluru, 100m lari berpagar, lompat tinggi, 100 meter, lompat jauh dan 800 meter. Antara jurulatih yang dijemput terdiri daripada Ammar Ramadzan, Hazril Hassan dan Krishnan Thambusamy di samping tiga lagi jurulatih program PLN dan PLD.
3. Kejohanan dalaman Penang Closed 2016 dirancang akan dijalankan pada 17 Disember 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Sekian.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved