Tuesday, November 15, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF 2016

Tarikh : 11 November 2016 (Jumaat)
Masa : 3.00 pm - 7.30 pm
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara 


Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel-MSN-MILO-MGF 2016 pada 11 hingga 12 November 2016 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan telah dijalankan pada 11 November 2016 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan bermula pada keesokan hari MAG (Junior), WAG (9-10 tahun & 10-12 tahun & 13-15 tahun) dan MAG (Senior). Atlet pelapis gimnastik Pulau Pinang menjalankan latihan pada pukul 3.00 petang hingga 7.30 malam.

Sebanyak 9 negeri telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Seramai 69 orang atlet menyertai kejohanan ini.

Kejohanan pada kali ini pasukan pelapis dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori WAG Level 5 dan Level 6 bagi acara senam lantai, melombol, palang bertingkat dan batang titian.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved