Monday, November 28, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 24 November 2016 (Khamis)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.
Kejohanan Gimrama Sirkit Kebangsaan telah memasuki hari kedua kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 2 acara iaitu gred 4 (riben & freehand) dan U9 (belantan). Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 6.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : G4 (Riben)
Ong Wei Yee - 12.000 mata (9/19)
Evelyn Foo Yifei - 11.650 mata (11/19)

Kategori : G4 (Freehand)
Ong Wei Yee - 11.666 mata (10/15)
Evelyn Foo Yi Fei - 11.300 mata (12/15)

Kategori : U9 (Belantan)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.300 mata (3/3)

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Gimrama Siri 2/2016.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved