Monday, November 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 22 November 2016 (Selasa)
Masa : 5.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET

1. 5 Orang 

LATIHAN
1. Draw
2. Deliver
3. Mini game

UJIAN

1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Sime Darby Piala Mutiara 2016 yang dijangka akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan cuaca yang tidak menginzinkan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa kontrak JPM MSNPP tidak disambung dan pasukan pelapis perlu membayar sewa ring untuk menjalankan latihan kerana selama ini pasukan pelapis Pulau Pinang menjalani latihan bersama pasukan SUKMA Pulau Pinang. Oleh itu hal ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat JKK Siri 2/2016.
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih Mesyuarat JKK Siri 2/2016 akan dijalankan pada 7 Disember 2016.
4. Jurulatih masih menunggu pembelian bowls dimana pihak PPN memaklumkan perlu menunggu sukan lain yang ingin membuat pembelian untuk memudahkan proses permohonan dan pembelian.
5. Jurulatih memaklumkan bahawa Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang akan mengelolakan satu kejohanan tahunan iaitu Kejohanan Sime Darby Piala Mutiara 2016 pada tarikh yang dijangka 16 hingga 18 Disember 2016. Namun begitu pihak persatuan memohon bantuan kewangan daripada MSNPP dan masih menunggu jawapan kelulusan bajet kejohanan tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
 
Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved