Monday, November 28, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 23 November 2016 (Rabu)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2016 pada  23 hingga 27 November 2016 (Rabu hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 23 November 2016 bermula jam 5.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Sebanyak 11 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Perak, Sarawak, Singapura dan Sabah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori Gred 4, U9-2007 dan U10.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved