Monday, November 28, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 25 November 2016 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil
Hari ketiga kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara pada sebelah pagi iaitu tali bagi U10 & Pre junior, bola bagi U8 & U10 dan freehand bagi U10 & Pre junior. Seterusnya pada jam dua hingga enam setengah petang diteruskan lagi dengan acara freehand bagi U9, Bola bagi Gred 4 & Pre junior dan gelung untuk G5. Pada hari ketiga, Skuad Pelapis Pulau Pinang menurunkan pemain seramai 4 orang mengikut kategori masing-masing.

Berikut disertakan keputusan penuh hari ketiga yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : U10 (Tali)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 7.416 mata (15/15)

Kategori : U10 (Freehand)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 8.816 mata (16/16)

Kategori : U9 (Freehand)
Nicole Cheng Qi Ern - 8.850 mata (14/14)

Kategori : Gred 4 (Bola)
Ong wei Yee - 11.933 mata (5/19)
Evelyn Foo Yifei - 10.966 mata 

Pasukan Pelapis Pulau Pinang tidak berputus asa bagi mencuba untuk mendapatkan pingat pada kejohanan kali ini. Oleh itu mereka berusaha dengan lebih bagi bertanding dengan pasukan lain yang lebih hebat. Terdapat beberapa isu telah dibangkitkan pada hari ketiga dimana elemen atlet untuk U9 tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh itu, markah yang diperoleh sangat rendah, PPN telah memaklumkan kepada jurulatih untuk lebih fokus dan menjalinkan hubungan yang baik bersama Persatuan Kebangsaan dan jurulatih negeri lain untuk mendapat info baru dengan lebih awal. Sekian sahaja laporan untuk hari ketiga.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved