Monday, April 20, 2015

LAPORAN UJIAN KECERGASAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 tengahari
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Zaidy - ISNPP
2. En. Azizi - ISNPP
3. En. Munir - SU Persatuan Berbasikal Pulau Pinang
4. En. Syukri Bin Ishak – Pelajar Praktikal
5. En. Ibtisam Bin Jamil – Pelajar Praktikal
6. Cik. Nurfahana Binti Harun - Pelajar Praktikal
7. Cik. Nor Hidayah Binti Abd Rahim - Pelajar Praktikal
8. En. Meisheelan - JSM USPTNPP
9. En. Akmal Bin Hashim – PPN USPTNPP
10. Atlet – 24 orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis,menginteprestasi dan menyimpan rekod kecerhgasan fizikal sendiri,melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Berbasikal Program Pelapis Pulau Pinang (USPTN) dan atlet SUKMA bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seorang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) dengan bantuan pelajar praktikal telah terlibat dengan diketuai oleh En. Zaidy selaku ketua Penguji untuk ujian kali ini.

Atlet yang terlibat telah diuji oleh pihak ISNPP melalui ujian seperti berikut :-

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight
- In Body

2. Power
- Standing Broad Jump

3. Speed
- 20 Meter Sprints

4. Agility
- lllinois Agility Test ( Right & Left Turn )

5. Muscular Strength
- Hand Grip test ( Right & Left )

6. Aerobic Capasity
- Yo-yo Endurance 

Ujian berakhir dengan jayanya dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji. Keputusan bagi Ujian Kecergasan ini akan diberi oelh pihak ISNPP dalam masa 3 minggu dari tarikh ujian dibuat. Pihak USPTN Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISNPP, Jurulatih, persatuan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan ujian tersebut. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved