Sunday, April 19, 2015

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015

Tarikh : 19 April 2015 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok

Kejohanan Memanah telah memasuki hari terakhir pertandingan dengan hanya tinggal kategori Olimpik Round Recurve dan Compound (lelaki & wanita). Kejohanan dimulakan dengan latihan rasmi selama 30 minit sebelum saingan sebenar untuk semua pemanah bermula tepat jam 9.00 pagi. Jumlah keseluruhan pemanah yang turun bertanding pada hari ini seramai 256 pemanah melibatkan kategori Recurve dan Compound (lelaki & wanita). Bagi atlet Pulau Pinang, seramai 17 pemanah (10 recurve & 7 compound) layak bertanding hari ini.

Berikut disertakan keputusan yang melibatkan pemanah Pulau Pinang :-

RECURVE LELAKI OLIMPIK ROUND
Pusingan 1/32 

Arrifuddin Nur (PK) vs Khairul Aizat (PEN)
- Arrifuddin Nur layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Khairul Aizat dengan kiraan mata 6-0.

Norhairul Nizam (ELIT) vs Quak Ting Shing (PEN)
- Norhairul Nizam layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Quak Ting Shing dengan kiraan mata 7-1.

Iskandar (PEN) vs Noor Aiman (PK)
- Iskandar layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Noor Aiman dengan kiraan mata 6-2.

Dennis Koay Tin Fan (PEN) vs Nazir Omar (PK)
- Nazir Omar layak ke pusingan 1/16 dengan menewaskan Dennis dengan kiraan mata 7-1.

Aiman Amran (PEN) vs Haziq Kamarudin (ELIT)
- Haziq layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Aiman Amran dengan kiraan mata 6-2.

Peringkat 1/16 

Norhairul Nizam (ELIT) vs Iskandar (PEN)
- Norhairul Nizam layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan iskandar dengan kiraan mata 6-2.

RECURVE WANITA OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Audrey Wong Li Ying (PEN) vs Roslinda (ATM GEM)
- Audrey layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Roslinda dengan kiraan mata 6-2.

Norika Nazeri (MSN MEL) vs Nurin Sofiya (PEN)
- Norika layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Nurin dengan kiraan mata 6-5. Kemenangan selepas seri pada end yang terakhir dengan shoot off.

Nur Alia Amira (PEL KED) vs Kayalvilly (PEN)
- Kayalvilly layak ke pusingan 1/16 dengan menewaskan Nur Alia dengan kiraan mata 6-0.

Aina Syamimi (ATM) vs Pritiswary (PEN)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Aina dengan kiraan mata 6-0.

Norhayati Ramli (ATM GEM) vs Priyaswary (PEN)
- Norhayati layak ke pusinga 1/16 selepas menewaskan Priyaswary denga kiraan mata 6-4.

Peringkat 1/16

Audrey Wong Li Ying (PEN) vs Farah Amalina (ELIT)
- Farah Amalina layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Audrey dengan kiraan mata 6-2.

Kayalvilly (PEN) vs Nurul Ain (MSN MEL)
- Nurul Ain layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan kayalvilly dengan kiraan mata 6-0.

Pritiswary (PEN) vs Nor Aqilah (UNISZA)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Nor Aqilah dengan kiraan mata 6-5.

Peringkat 1/8

Pritiswary (PEN) vs Siti Nor Sofea (PKS)
- Pritiswary layak ke pusingan 1/4 selepas menewaskan Siti dengan kiraan mata 6-2.

Peringkat 1/4

Pritiswary (PEN) vs Nur Afisa (ELIT)
- Pritiswary tewas pada pemanah Elit dengan kiraan mata 0-6.

COMPOUND LELAKI OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Mohd Syazwan (PEN) vs Mohd Hilmi (MSNT)
- Mohd Syazwan tewas pada pemanah Mohd Hilmi dengan kiraan mata 128-140.

Khambeswaran (PEN) vs Norshuhaidi (ATM PEL)
- Khambeswaran tewas pada pemanah Norshuhaidi dengab kiraan mata 134-136.

Syafi Masri (PEN) vs Azrul (PARA)
- Syafi Masri tewas pada pemanah Azrul  dengan kiraan mata 123-125.

Norhisham Ismail (WPKL) vs Logathasan (PEN)
- Logathasan tewas pada pemanah Norhisham denga  kiraan mata 126-136.

COMPOUND WANITA OLIMPIK ROUND
Peringkat 1/32

Hurrunain (PEN) vs Noor Saadah (PARA)
- Hurruain layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Noor Saadah dengan kiraan mata 123-122.

Syarfa Zulaikha (PEN) vs Umi Syeda Nadia (SBH)
- Umi Syeda layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Syarfa dengan kiraan mata 131-126.

Nur Syakirah (PRK) vs Teoh Wen Zhing (PEN)
- Nur Syakirah layak ke pusingan 1/16 selepas menewaskan Teoh Wen Zhing dengan kiraan mata 140-112.

Peringkat 1/16

Hurrunain (PEN) vs Norizatul Hanim (MSNT)
- Norizatul Hanim layak ke pusingan 1/8 selepas menewaskan Hurruain dengan kiraan mata 130-128.

Kejohanan tamat dengan jayanya pada jam 6.00 petang dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada semua para pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Shafie Rejab Pengarah Pusat Sukan UUM sintok.

Secara keseluruhannya, Pasukan Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang  memuaskan walaupun tewas pada lawan yang lebih berpengalaman. Pengalaman yang atlet terima akan digunapakai pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari UUM Sintok

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved