Friday, April 17, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015

Tarikh : 16 April 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok, Kedah

Seramai 361 pemanah (204 Recurve & 157 Compound) dan 67 jurulatih dan pegawai dari seluruh negeri termasuk dari luar negara mengambil bahagian dalam Kejohanan Memanah Terbuka UUM Siri 1/2015 bermula 15 April dan berakhir 19 April 2015. Kejohanan ini merupakan kalendar tahunan UUM Sintok kali ke-27 dimana mempertandingkan 2 kategori utama iaitu Recurve (lelaki & wanita) dan Compound (lelaki & wanita). Kejohanan kali ini menggunakan format Double 70 meter (Recurve) dan Double 50 meter (Compound), Olimpik Round dan berpasukan.

Penganjuran kejohanan kali ini telah menarik penyertaan daripada negara Singapura, Thailand dan Arab Saudi.

Pasukan Pelapis Pulau Pinang membariskan 9 orang atlet (7 lelaki & 2 wanita) manakala 13 orang atlet (7 lelaki & 6 wanita) dari skuad MSN Pulau Pinang ke kejohanan kali ini. Penyertaan Pelapis melibatkan acara Recurve dan Compound. Untuk hari ini, sesi sightest dijalankan selama 45 minit bermula 8.00 pagi dan tepat 9.00 pagi kejohanan rasmi bermula mengikut sequence A,B,C dan D.

Berikut keputusan kejohanan hari pertama yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang.

Recurve Lelaki Double 70 meter
1. Iskandar Zulkarnain - 573
2. Khairul Aizat - 543 
3. Dennis Koay Ting Fan - 541
4. Quak Ting Sheng - 539
5. Aiman Amran - 530
6. Yeoh Wei Khang - 504
7. Haqimi Izzudin - 490
8. Faris Jamaludin - 472
9. Lim Jia Wei - 419

Recurve Wanita Double 70 meter
1. Kayalvilly - 516
2. Pritiswary - 503
3. Audrey Wong Li Ying - 482
4. Priyaswary - 440
5. Nurin Sofiya - 430

Untuk hari ini, kejohanan bagi kelayakan recurve lelaki dan wanita selesai pada jam 2.00 petang. Esok (17 April 2015), hanya acara Compound Lelaki dan Wanita sahaja dipertandingkan pada jam 8.00 pagi.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari UUM Sintok

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved