Thursday, April 30, 2015

LAPORAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat MSN Pulau Pinang

Kejohanan Dalaman Sukan Angkat Berat telah diadakan pada 25 April 2015 bertempat di Dewan Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri, Pulau Pinang. Pada kali ini 5 Daerah telah mengambil bahagian dengan penglibatan seramai 108 peserta berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun. Kejohanan ini berlangsung dengan kerjasama dari Unit MSSD Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru terutama peserta dibawah umur 15 tahun. Ia juga dapat menilai prestasi setiap peserta yang bertanding. Jurulatih dibawah program juga telah mengenalpasti beberapa peserta untuk dibuat pemilihan sebelum terpilih masuk di dalam program.

Kejohanan ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai semua pihak. Antaranya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, ibu bapa, peserta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved