Sunday, April 19, 2015

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok

Hari ketiga kejohanan diteruskan lagi dengan kategori recurve dan compound berpasukan (lelaki & wanita) pada sebelah pagi serta recurve dan compound berpasukan campuran pada sebelah petang. Sebanyak 16 pasukan telah layak beraksi mengikut kategori masing-masing dengan latihan rasmi dijalankan selama 30 minit sebelum saingan sebenar bermula.

Berikut disertakan keputusan recurve dan compound berpasukan (lelaki & wanita) yang berlangsung pada sebelah pagi.

RECURVE BERPASUKAN LELAKI
Pusingan Kalah Mati (1/8)

MSN Pulau Pinang vs ATM Gemilang
- ATM Gemilang telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan MSNPP dengan kiraan mata 0-6.

Kedudukan pingat untuk kategori Recurve Berpasukan Lelaki.
1. Emas - MSN Elit
2. Perak - PKS
3. Gangsa - Pahang
4. Keempat - ATM Pelapis

RECURVE BERPASUKAN WANITA
Pusingan kalah Mati (1/8)

MSN Pulau Pinang vs Selangor SSMP
- MSN Pulau Pinang telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan Selangor SSMP dengan kiraan mata 5-1.

Pusingan Suku Akhir (1/4)

UPM vs MSN Pulau Pinang
- UPM telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir (1/2) selepas mengalahkan MSN Pulau Pinang dengan kiraan mata 6-0.

Kedudukan pingat untuk kategori Recurve Berpasukan Wanita.
1. Emas - MSN Elit
2. Perak - UPM
3. Gangsa - PKS
4. Keempat - Pelapis Kebangsaan

COMPOUND BERPASUKAN LELAKI 
Pusingan Kalah Mati (1/8)

Paralimpik vs MSN Pulau Pinang
- Pasukan Paralimpik telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan pasukan MSN Pulau Pinang dengan kiraan mata 217-208.

Kedudukan pingat untuk kategori Compound Berpasukan Lelaki.
1. Emas - Paralimpik
2. Perak - PKS
3. Gangsa - MSN Melaka
4. Keempat - Sabah

COMPOUND BERPASUKAN WANITA
Pusingan Kalah Mati (1/8)

Sabah vs MSN Pulau Pinang
- Sabah telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) selepas mengalahkan MSN Pulau Pinang dengan kiraan mata 209-193.

Kedudukan pingat untuk kategori Compound Berpasukan Wanita.
1. Emas - UPM
2. Perak - Nadi Archery
3. Gangsa - PKS
4. Keempat - ATM Gemilang

Sebelah petang diteruskan lagi dengan kategori recurve dan compound berpasukan campuran pada jam 2.30 petang dan latihan rasmi selama 30 minit sebelum saingan sebenar bermula.

Berikut disertakan keputusan recurve berpasukan campuran yang berlangsung pada sebelah petang.

RECURVE BERPASUKAN CAMPURAN
Pusingan Kalah Mati (1/8)

Pelapis Pulau Pinang vs UPM
- UPM telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) dengan mengalahkan pasukan Pulau Pinang dengan kiraan mata 0-6.

MSN Pulau Pinang vs Selangor SSMP
- Selangor SSMP telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir (1/4) dengan mengalahkan pasukan MSN Pulau Pianng dengan kiraan mata 2-6.

Kedudukan pingat untuk recurve berpasukan campuran.
1. Emas - MSN Elit
2. Perak - UPM
3. Gangsa - PKS
4. Keempat - Pelapis Kebangsaan

COMPOUND BERPASUKAN CAMPURAN

Bagi kategori ini, Pasukan Pulau Pinang tidak layak untuk menduduki 16 pasukan teratas.

Kedudukan pingat untuk compound berpasukan campuran. 
1. Emas - PKS
2. Perak - Sabah
3. Gangsa - PMWPKL
4. Keempat - Selangor SSMP

Pertandingan tamat pada jam 6.00 petang dan akan bersambung pada hari terakhir kejohanan dengan kategori Olimpik Round Recurve & Compound (lelaki & wanita) pada jam 8.00 pagi. Seramai 64 pemanah setiap kategori layak bertanding pada keesokkan hari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari UUM Sintok

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved