Monday, April 13, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MTBC MALAYSIAN JUNIOR CIRCUIT 2015 - MELAKA LEG

 Tarikh : 10 April 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 malam
Tempat : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka.

Kejohanan Tenpin Boling Junior Circuit 2015 - Melaka Leg merupakan sirkit kedua pertandingan dimana Melaka sebagai tuan rumah. Kejohanan ini bermula pada 10 hingga 12 April 2015 dimana melibatkan penyertaan seramai 542 orang (384 lelaki & 184 wanita) dengan 6 kategori dipertandingkan iaitu Boys Open (91 orang), Girls Open (40 orang), Boys Graded (186 orang), Girls Graded (92 orang), Boys U12 (81 orang) dan Girls U12 (52 orang).  Sebanyak 13 pasukan telah bersaftar dan menyertai sirkit kedua anjuran Malaysia Tenpin Bowling Council (MTBC).

Bagi skuad Pelapis dan Sukma Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 34 orang yang melibatkan 20 lelaki dan 14 wanita dengan semua kategori disertai.

Berikut disertakan keputusan penuh melibatkan skuad Pelapis dan Sukma Pulau Pinang.

GIRLS GRADED (ROUND 1)
1. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 1508 jatuhan pin (2/avg 188.50)
2. Alyaa Addini Bt Zulamri - 1485 jatuhan pin (3/avg 185.63)
3. Anis Hadirah Anuar - 1418 jatuhan pin (15/avg 177.25)
4. Kelly Lau Suet Kei - 1351 jatuhan pin (26/avg 168.88)
5. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1307 jatuhan pin (31/avg 163.38)
6.Nur Alya Safiyaa - 1217 jatuhan pin (59/avg 152.13)
5. Zaitun Faiqah - 1191 jatuhan pin (64/avg 148.88)
- Seramai 5 orang dari kategori Girls Graded layak ke pusingan kedua pada 12 April 2015.

BOYS GRADED (ROUND 1)
1. Muhammad Shafiq Zaim - 1707 jatuhan pin (4/avg 213.38)
2. Muhammad Syauqi Iman - 1539 jatuhan pin (22/avg 192.38)
3. Muhammad Akif Afif - 1496 jatuhan pin (32/avg 187.00)
4. Mohamed Al-Faiz - 1460 jatuhan pin (36/avg 186.25)
5. Ong Siang Leing - 1449 jatuhan pin (54/avg 181.13)
6. Muhammad Asyraf - 1363 jatuhan pin (77/avg 170.38)
- Seramai 3 orang dari kategori Boys Graded layak ke pusingan kedua pada 12 April 2015.

Pertandingan tamat pada jam 12.00 malam dan akan bersambung esok hari (11 April 2015) dengan acara Boys Open (9.00 pg), Girls Open, GU12 (1.30 ptg), dan BU12 (7.00 mlm).

Sekian.

Laporan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved