Friday, April 17, 2015

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2015

Tarikh : 17 April 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok

Hari ini telah memasuki hari kedua pertandingan dimana hanya acara Compound lelaki dan wanita sahaja dipertandingkan. Saingan dimulakan dengan sightest selama 45 minit sebelum saingan sebenar bermula pada jam 9.00 pagi. Format pertandingan bagi acara compound adalah double 50 meter. Pasukan Pulau Pinang hanya menghantar 7 orang atlet (4 lelaki & 3 wanita) bagi acara compound.

Berikut disertakan keputusan melibatkan pemanah Pulau Pinang pada hari kedua :-

Acara Compound Lelaki
1. Logathasan - 643
2. Mohd Syazwan - 639
3. Mohd Syafi Masri - 615
4. Khambeswaran - 614

Acara Compound Wanita
1. Syarfa Zulaikha - 581
2. Teoh Wen Zhing - 538
3. Hurrunain - 532

Kejohanan selesai dengan lancarnya pada jam 2.00 petang. Esok akan berlangsung acara berpasukan (lelaki & wanita) pada sebelah pagi dan acara campuran (lelaki & wanita) pada sebelah petang. Keadaan cuaca yang panas sedikit membuatkan pemanah letih tetapi itu tidak mematahkan semangat pemanah untuk memulakan saingan pada esok hari.

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari UUM Sintok

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved