Monday, April 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Bagan Ajam, Butterworth

KEHADIRAN
1. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. Roy Chin - jurulatih kelab Budimanis
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 8 lelaki & 2 wanita

LATIHAN
1. Streching
2. Reaching
3. Beating
4. Close Hold

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Sebahagaian atlet akan menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 17th Tunku Laxamana NSC-PD Open Regatta 2015 pada 7 hingga 11 Mei 2015 di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan dan atlet terpaksa menunggu giliran untuk turun berlatih.
2. Keadaan peralatan yang kurang baik sedikit menjejaskan sesi latihan seperti beberapa layar koyak, center board patah dan lain-lain.

PROGRAM BINAAN
1. Telah berbincang bersama jurulatih dan pihak ISN untuk menjalankan 1 pencarian bakat baru (TID). Perbincangan bersama pihak sekolah juga telah dibuat.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa senarai nama untuk ke kejohanan awal bulan Mei akan diputuskan secepat mungkin.
3. Seramai 9 orang (7 optimist & 2 laser) layak ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah  Malaysia (MSSM) pada 6 hingga 12 Jun 2015  di Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Jurulatih juga bercadang untuk mengadakan klinik ikatan tali pada semua atlet memandangkan ada sebahagian atlet yang kurang mahir dalam ikatan pada bot.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved