Saturday, April 4, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN TENPIN BOLING 1/2015

Tarikh : 4 April 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi - Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
2. En. Syukri Bin Ishak – Pelajar Praktikal
3. En. Ibtisam Bin Jamil – Pelajar Praktikal
4. Cik Nurfahana Binti Harun - Pelajar Praktikal
5. Cik Nor Hidayah Binti Abd Rahim - Pelajar Praktikal
6. Cik Nur Khalila Binti Shiani - Pelajar Praktikal
7. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM USPTNPP
8. Pn. Nooriani Binti Abdul Rahman – JSM USPTNPP
9. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN USPTNPP
10. Atlet- 22 lelaki & 9 wanita
11. Atlet Sukma - 4 lelaki & 6 wanita

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis,menginteprestasi dan menyimpan rekod kecerhgasan fizikal sendiri, melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Tenpin Bowling Program Pelapis Pulau Pinang (USPTN) bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seorang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) dengan bantuan pelajar praktikal telah terlibat dengan diketuai oleh Pn. Mariani Binti Sanawi selaku ketua Penguji untuk ujian kali ini.

Atlet yang terlibat telah diuji oleh pihak ISNPP melalui ujian seperti berikut :-

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight
- In Body

2. Power
- Standing Broad Jump

3. Speed
- 20 Meter Sprints

4. Agility
- lllinois Agility Test ( Right & Left Turn )

5. Muscular Strength
- Hand Grip test ( Right & Left )

6. Aerobic Capasity
- Yo-yo Endurance 

Ujian berakhir dengan jayanya dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji. Keputusan bagi Ujian Kecergasan ini akan diberi oelh pihak ISNPP dalam masa 3 minggu dari tarikh ujian dibuat. Pihak USPTN Pulau Pinang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISNPP, Jurulatih dan Ibu-bapa yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan ujian tersebut. Pihak Unit juga ada menyediakan makan tengahari kepada semua yang hadir.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved