Saturday, November 30, 2013

SESI "ICE BATH RECOVERY" BAGI ATLET SUKAN MEMANAH

Tarikh : 28 November 2013 (Khamis)
Masa  : 4.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Jurulatih G.Shamani telah mengambil inisiatif membawa atlet memanah mendapatkan khidmat kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang. Sesi recovery "Ice Bath" telah dipilih memandangkan atlet-atlet terbabit baru sahaja selesai menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2013. 

Sebelum "ice bath" ini dijalankan, atlet-atlet di arahkan untuk melakukan latihan di Gymnasium MSNPP. Pada akhir sesi latihan, mereka di bawa untuk merasai rawatan pemulihan "ice bath" tersebut. Sesi ini telah diselia oleh seorang pegawai ISNPP iaitu Puan Mariani Binti Sanawi. 

Diharap sesi seperti ini dapat memberi kerehatan dan pemulihan (recovery) kepada atlet-atlet yang sentiasa menyertai pertandingan dan menjalani rutin latihan harian. 

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

1 comments:

Hubert Bertram December 9, 2024 at 1:38 PM  

your blog has quickly become one of my favorites. Can't wait to read more! Pain Relief Water Bottles For Cramps And Sore Muscles

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved