Saturday, November 16, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK SPORTEXCEL 2013

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur

Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel 2013 pada 15 hingga 16 November 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada hari pertama kejohanan atlet-atlet gimnastik telah menjalani latihan pasukan secara rasmi sebagai persediaan kejohanan. Pihak Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah menetapkan waktu untuk atlet-atlet menjalani latihan pasukan bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Atlet gimnastik negeri Pulau Pinang menjalani latihan pada waktu pagi selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang dan tiada latihan pada waktu petang.

Mesyuarat pengurus pasukan dan mesyuarat juruhakim telah berlangsung sekitar jam 7.00 petang dan berakhir jam 9.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara. Semasa mesyuarat pengurus pasukan, jurulatih perlu mendaftar nama-nama atlet dan mengambil nombor giliran atlet. Setelah selesai mesyuarat pengurus pasukan, taklimat dan mesyuarat juruhakim bermula. Jurulatih Foong Kok Seng telah dilantik menjadi salah seorang juruhakim simpanan pada pertandingan tersebut.

Pertandingan yang akan berlangsung pada hari sabtu, 16 November 2013 ialah pertandingan MAG dan pertandingan WAG. Pecahan pertandingan MAG ialah Class HP 1, Class HP 2 dan Class HP 3. Manakala, pecahan pertandingan WAG ialah Class HP 1, Class HP 2, Class HP 3 dan Class HP 4. Diharap atlet-atlet daripada pasukan Pulau Pinang dapat mempersembahkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved