Tuesday, November 12, 2013

LAPORAN PERINGKAT HARI KEDUA PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN AKUATIK – RENANG.

Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Chinese Swimming Club, Pulau Pinang
Program pencarian bakat baru (TID) sukan Akuatik - Renang Pelapis Negeri Pulau Pinang peringkat terakhir telah dijalankan pada 9 November 2013 di Chinese Swimming Club, Pulau Pinang. Seramai 100 orang telah hadir pada hari tersebut termasuk ibu, bapa dan murid-murid yang terpilih pada peringkat pertama di beberapa buah sekolah yang terlibat.
Program dimulakan dengan jurulatih memberi taklimat berkenaan Sukan Akuatik - Renang kepada ibu bapa. Selain itu, jurulatih juga menerangkan tentang waktu dan hari latihan kepada kedua ibu bapa dan juga kepada murid-murid yang hadir. Seperti yang telah dimaklumkan kepada murid-murid sebelum ini, jurulatih juga telah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa murid yang tidak pandai berenang juga digalakkan menyertai program ini asalkan murid tersebut tidak takut untuk masuk ke dalam kolam renang kerana jurulatih akan memberi latihan berenang kepada murid yang terpilih.
Pada sesi taklimat pada hari tersebut, jurulatih menerangkan murid-murid yang terpilih perlu menjalani latihan percubaan selama dua minggu pada setiap hari sabtu dan ahad. Latihan percubaan ini dijalankan kerana tidak semua murid-murid yang terpilih pandai berenang dan jurulatih juga memerlukan masa untuk melatih murid-murid tersebut dan juga memberi masa kepada murid-murid tersebut untuk menyesuaikan diri dalam sukan ini.
Setelah jurulatih selesai memberi taklimat, jurulatih telah mengedarkan surat kebenaran ibu, bapa dan penjaga untuk di tandatangani bagi memberi kebenaran anak-anak mereka menyertai program ini. Setelah jurulatih selesai mengedarkan surat tersebut, kesemua murid-murid yang hadir pada hari tersebut sama ada yang pandai berenang atau tidak pandai berenang perlu turun ke dalam kolam renang. Bagi yang belum pandai berenang, mereka diarahkan untuk turun ke dalam kolam renang yang lebih cetek. Sebelum murid-murid turun ke dalam kolam renang, jurulatih telah memberikan penerangan tentang keselamatan yang perlu mereka patuhi dan kesemua mereka dijaga dengan baik oleh jurulatih-jurulatih yang terlibat pada hari tersebut.
Ibu bapa, murid-murid dan pihak Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PASA) telah memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak kami dan program pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa mengalami sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved