Saturday, November 23, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN, Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh : 22 November 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 berlangsung dari 21 hingga 24 November 2013 di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur. Pertandingan pada kali menampilkan penyertaan seramai 204 orang atlet dengan 122 atlet kategori lelaki dan 82 atlet bagi kategori wanita. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar 16 orang atlet untuk kejohanan ini. Walau bagaimanapun, seorang atlet wanita iaitu Ezzati Wardina Bt. Murdi terpaksa menarik diri ekoran kecederaan.

Hari pertama kejohanan menyaksikan dua jarak dipertandingkan iaitu jarak 70 meter dan 60 meter (lelaki) manakala atlet-atlet wanita dengan jarak panahan 60 meter dan 50 meter. Pada hari kedua pula setiap pemanah meneruskan panahan bagi dua lagi jarak iaitu 50 meter dan 30 meter (lalaki) dan 40 meter dan 30 meter (wanita). 

Berikut merupakan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang:

RECURVE INDIVIDU (FITA)
Lelaki
1. Mohd Iskandar Zulkarnain (1169/11)
2. Muhammad Faris Jamaluddin (1164/12)
3. Quak Ting Sheng (1034/41)
4. Khor Gui Tang (1014/48)
5. Lim Kar Hoe (1008/55)
6. Jerome Ham Jia Hao (1000/58)
7. Dennis Koay Ting Fan (941/70)
8. Mohd Azfar Khairul Adnan (922/81)

Wanita

1. Syarfa Zulaikha Bt. Shabuddin (1273/1)
2. Siti Maisarah Azahari (1073/20)
3. Kayavhily Parthiban (1055/25)
4. Amira Areena Amir (1047/26)
5. Hurunnain Abd Aziz (1044/27)

Selamat berjuang buat atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang bagi acara Pusingan Olimpik Individu yang akan berlangsung pada hari ketiga (23 November 2013/Sabtu).

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved