Friday, November 15, 2013

LAPORAN SESI PEMILIHAN ATLIT PULAU PINANG KE KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2013

Tarikh : 13 November 2013 (Rabu)
Masa : 5.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Batu Uban
Kehadiran : 3 Orang Jurulatih, 20 orang atlit

Sesi pemilihan atlit bagi sukan tinju telah dijalankan pada 13 November 2013 di Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Batu Uban bagi memilih petinju ke Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Siri 2/2013 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 November di Kompleks MSN Keramat. Seramai 20 petinju hadir untuk sesi pemilihan kali ini melibatkan 3 buah pusat latihan iaitu Pusat Latihan Tinju Titi Mukim,Kelab Indian Star dan Pusat Latihan Tinju MSN Pulau Pinang.

Satu sesi takllimat ringkas telah dijalankan mengenai sesi pemilihan kali ini dan berkenaan Kejohanan yang akan datang. Sesi pemilihan dijalankan mengikut kategori berat yang terbaru mengikut ketetapan penganjur. Untuk pemilihan kali ini seramai 8 orang telah terpilih mengikut kategori masing-masing dan ada beberapa petinju masih dalam perhatian berikutan berat badan berlebihan.Mereka diberi peluang 1 minggu untuk memastikan berat badan mengikut kategori masing-masing sebelum ke kejohanan.Satu sesi sparring akan dijalankan sekali lagi sebelum ke kejohanan bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja akan di bawa menyertai pertandingan.

Sesi pemilihan tamat pada jam 7.00 petang.

Sekian, Terima Kasih

Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved