Friday, November 1, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN KARATE-DO (PELAPIS KEBANGSAAN)

Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 3.00 pm hingga 5.30 pm
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Batu Uban

KEHADIRAN
1. Jurulatih Pelapis Kebangsaan - Puan Lim Lee Lee.
2. Encik Ku Jin Keat
2. Atlet  - 2 Orang atlet Elit dan 10 Orang atlet Pelapis Kebangsaan.

LATIHAN
1. Latihan Pengukuhan "Basic Skill"
2. Kata Routine
3. Physical Training
4. Warm Up & Stretching

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan World Junior Championships 2013 di Guadalajara, Sepanyol pada 7 hingga 10 November 2013.

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan sesi latihan pada sesi pagi bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Manakala sesi petang bermula dari 3.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi latihan turut di kendalikan oleh En. Ku Jin Keat.
2. Tiga orang atlet Pelapis Kebangsaan akan menyertai Kejohanan World Junior Championships 2013 pada 7 hingga 10 November 2013 di Guadalajara, Sepanyol. Mereka akan berlepas ke Guadalajara, Sepanyol pada 5 November 2013.
3. Atlet-atlet menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik semasa sesi latihan. 
4. Tujuan utama latihan diadakan di Dewan Silat MSNPP adalah bertujuan memberi latihan pendedahan dan simulasi persediaan kepada atlet yang akan menyertai Kejohanan tersebut.
6. Atlet yang baru pulih dari kecederaan iaitu Thor Chee Yee turut menunjukkan prestasi baik semasa sesi latihan dijalankan.
7. Jurulatih berpuas hati dengan disiplin dan kehadiran atlet semasa sesi latihan. 
8. Akhir kata, di ucapkan selamat berjuang dan semoga mencapai kejayaan kepada atlet-atlet yang akan menyertai Kejohanan pada minggu hadapan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved