Friday, November 1, 2013

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING PEMBANGUNAN MSSPP 2013

Tarikh : 29 hingga 31 Oktober 2013
Masa : 2.30 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang


Bertempat di Mega Bowling Center hari ini, seramai 12 orang atlet pelapis telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling Pembangunan MSSPP 2013 yang telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang. Kejohanan ini telah bermula pada 29 Oktober dan berakhir 31 Oktober 2013. Format pertandingan kali ini dijalankan secara individu (4 game seorang) dan berpasukan.


Sebanyak 3 kategori umur dipertandingkan iaitu bawah 11 tahun, 14 tahun dan 16 tahun yang melibatkan penyertaan dari semua sekolah rendah mahupun menengah. Jumlah keseluruhan sebanyak 45 sekolah terlibat dalam kejohanan kali ini.

Kejohanan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan Tenpin Boling. Ia juga dapat menilai prestasi setiap atlet pelapis yang bertanding.

Untuk makluman Majlis Penutup Kejohanan Tenpin Bowling Pembangunan MSSPP 2013 akan dirasmikan oleh Puan Nooriani Binti Abdul Rahman selaku Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Setiausaha kejohanan.

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :-

KATEGORI INDIViDU
BAWAH 11 TAHUN (LELAKI)

1. Emas - Megat Zaqrul Haikal (SK Chung Hwa 3) - total 785
2. Perak - Muhammad Hariz Adlan Azman (SK Pauh Jaya) - total 716
3. Gangsa - Muhammad Syafudin (SK Kepala Batas) - total 549

BAWAH 11 TAHUN (WANITA)
1. Emas - Anis Hadirah (SK Alma Jaya) - total 641
2. Perak - Nuralia Amanina (SK Alma Jaya) - total 592
3. Gangsa - Nur Aliah Izzati (SK Mutiara Perdana) - total 577

BAWAH 14 TAHUN (LELAKI)
1. Emas - Muhammad Akik Afif Azman (SMK Seberang Jaya) - total 711
2. Perak - Ong Siang Leing (SMK Tun Hussein Onn) - total 662
3. Gangsa - Ku Nazhan (SMKA Al-Irsyad) - total 608

BAWAH 14 TAHUN (WANITA)
1. Emas - Iman Nur Qistina (SMK Alma Jaya) - total 619
2. Perak - Nur Hidayah (SMK Kg Selamat) - total 617
3. Gangsa - Ainaa Alyaa (SMK Bukit Jambul) - total 592

BAWAH 16 TAHUN (LELAKI)
1. Emas - Yair Azraei (Sekolah Tinggi Bukit Mertajam) - total 819
2. Perak - Wan Zuhairi Izlan (SMK Sg Nibong) - total 814
3. Gangsa - Muhammad Hazim (SMKA Al-Irsyad) - total 683

BAWAH 16 TAHUN (WANITA)

1. Emas - Anis Shazlin (SMK Pauh Jaya) - total 815
2. Perak - Nur Amirah Auni Azman (SMK Seberang Jaya) - total 727
3. Gangsa - Nurul Amelia Hani (SMK Seberang Jaya) - total 661

KATEGORI BERPASUKAN
BAWAH 11 TAHUN (LELAKI)

1. Emas - Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya
2. Perak - Sekolah Kebangsaan Kepala Batas
3. Gangsa - Sekolah Kebangsaan Alma Jaya

BAWAH 11 TAHUN (WANITA)

1. Emas - Sekolah Kebangsaan Alma Jaya
2. Perak - Sekolah Kebangsaan Bertam Indah
3. Gangsa - Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana

BAWAH 14 TAHUN (LELAKI)
1. Emas - SMK Bukit Gambir
2. Perak - SMK Tun Hussein Onn
3. Gangsa - MRSM Balik Pulau

BAWAH 14 TAHUN (WANITA)
1. Emas - SMK Kampung Selamat
2. Perak - SMKA Al-Irsyad
3. Gangsa - MRSM Balik Pulau

BAWAH 16 TAHUN (LELAKI)
1. Emas - SMK Bukit Mertajam
2. Perak - SMKA Al-Irsyad
3. Gangsa - SMK Tinggi Bukit Mertajam

BAWAH 16 TAHUN (WANITA)
1. Emas - SMK Seberang Jaya
2. Perak - SMK Pauh Jaya
3. Gangsa - SMK Bukit Jambul

Secara keseluruhan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Pihak unit mengucapkan tahniah kepada peserta yang menang dan kalah jangan berputus asa. Moga pada tahun-tahun hadapan boleh berusaha lagi.

Sekian.

Laporan Oleh 
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved