Monday, November 25, 2013

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN, Keramat, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 November 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 am - 12.30 pm

Pada hari terakhir kejohanan ini mempertandingkan Pusingan Olimpik Berpasukan (team event). 16 pasukan terbaik lelaki dan wanita layak beraksi dalam pusingan ini. Pasukan Pulau Pinang mempunyai 2 pasukan bagi kategori wanita iaitu Penang A yang diwakili oleh Syarfa Zulaikha, Siti Maisarah Azahari, dan Kayavhily Partiban. Penang B pula mempertaruhkan Amira Areena Amir, Hurunnain Abdul aziz dan Rebecca Wong Pei Ying. Manakala satu pasukan lelaki meneruskan cabaran melalui gandingan Mohd Iskandar Zulkarnain, Muhammad Faris Jamaluddin dan Quak Ting Sheng. Official sightest (latihan rasmi) telah bermula dari pada pukul 8.00 pagi. Pusingan 1/16 bermula tepat pada jam 9.00 pagi dan diteruskan sehingga pusingan akhir pada jam 12.00 tengahari. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Ab. Jalil Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN. 

Keputusan rasmi yang membabitkan atlet-atlet Pulau Pinang:

Recurve Lelaki Berpasukan:

Penang vs MAHA (167-201)  - 1/16

Recurve Wanita Berpasukan:

Penang A vs ARK B (150-166) - 1/16

Penang B vs Pahang (162-193) - 1/16

Pemenang Pingat 
(Atlet Pulau Pinang):

Syarfa Zulaikha Bt Shabudin
Emas (Jarak 40 meter, 30 meter, 60 meter dan Individu Keseluruhan)
- Gangsa (Pusingan Olimpik Individu)

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua  atlet-atlet yang telah mengharungi kejohanan pada kali ini. Syabas diucapkan kepada pemenang-pemenang pingat dan kepada yang tidak berjaya diharap memperoleh pengalaman berharga dapat beraksi di peringkat Remaja Kebangsaan. Selamat maju jaya buat atlet memanah Pulau Pinang pada kejohanan akan datang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
 

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved