Friday, February 25, 2011

MSSPP GIMNASTIK ARTISTIK - updated 2nd & 3rd day

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2011 berlangsung pada 16 sehingga 18 Februari 2011. Seramai 52 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 30 orang atlet lelaki dan 22 atlet wanita.

Juara keseluruhan kategori lelaki bawah 10 tahun ialah Teoh Chuen Feng dari SJKC Shang Wu diikuti oleh Derrick Khoo dari SJKC Han Chiang tempat kedua dan tempat ketiaga dimenangi oleh Ng Chun Chen dari SK St. Xavier.

Kategori lelaki bawah 12 tahun pula diungguli oleh Teoh Chuen Loong dari SJKC Kong Ming 2, tempat kedua Cheah Li Hong dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth dan tempat ketiga Yeong Kai Xiang juga dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth.

Sementara kategori bawah 15 tahun lelaki keseluruhan pula dimenangi oleh Jeremiah Loo Phang Xing dari SMK Haji Zainal Abidin, Ahmad Bulya Md Amin (SMK Abdullah Munshi) kedua dan Soong Swyu Jye (SMK Bagan Jaya) ketiga.

Manakala Juara Keseluruhan kategori bawah 18 tahun lelaki pula dimenangi oleh Ooi Joo Kheng dari SMJK Heng Ee, diikuti oleh Lee Jia Wei dari SMJK Chung Ling A, tempat ketiga juga dari SMJK Chung Ling A iaitu Daryn Chan Yoong Xian

Johan Keseluruhan wanita kategori bawah 10 tahun dimenangi oleh Fatin Nur Jeslina SJKC Yang Zhen, kedua Jennifer Ting SJKC Kong Ming 2, dan ketiga Nur Arrisha Alliana SK Seri Permai

Bagi kategori bawah 12 tahun, johan keseluruhan ialah Elleen Lim Yi Ling dari SK Minden Height diikuti oleh Lim Xuan Ying SJKC Chong Shan kedua, dan ketiga Zalikha Khalid dari SK Residensi.

Kategori bawah 15 tahun wanita keseluruhan pula diungguli oleh Jerelyn Loo Hwang Ping dari SMK Sri Mutiara, Rachel Yeoh Li Wen SMJK Heng Ee di tempat kedua dan Zulaikha Khalid SMK (P) St George di tempat ketiga.

Manakala acara wanita bawah 18 tahun hanya seorang peserta iaitu Tan Sue Fen dari SMK (P) St George mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 12.50 tengahari.


Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman


















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved