Monday, February 7, 2011

UJIAN KECERGASAN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 23 Januari 2010 [Ahad]
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Atlet : 11 orang [4 lelaki dan 7 wanita]
Jurulatih : JLN MSNPP Kim Eun Jung & JSM Albert Yeoh

Objektif Ujian :
1. Sebagai pengumpulan data "baseline" 2011
2. Data untuk rujukan jurulatih tentang kelemahan dan kekuatan atlet yang dilatih.

Jenis Ujian yang dijalankan :
1. Anthropometry (Berat dan Ketinggian)
2. Hand Grip
3. Maximum Pus-up
4. Modified Sit and Reach
5. Yo-yo Endurance Level 1

Walaupun keputusan untuk Atlet Program Pelapis 2011 masih belum diperolehi, pihak Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang telah memilih 14 atlet dari Program AAA dan AA sebagai Atlet Latihan Skuad SUKMA XV 2012 di Pahang.

Latihan bagi Atlet Latihan Skuad SUKMA XV 2012 di Pahang telah bermula dari 11 Januari 2011 dan selaku Penyelaras Sukan Tenpin Boling untuk Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah membuat pemantauan ke Pusat Latihan dan mengadakan perjumpaan bersama JLN MSNPP dalam bulan Januari.

Latihan bulan Januari berjalan dengan lancar dengan kehadiran atlet yang memuaskan. Tiada latihan dijalankan dari 1 hingga 6 Februari 2011 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Terima kasih juga diucapkan kepada ISN Satelit PP kerana membantu menjalankan ujian kecergasan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
FATIMAH BINTI JAMIL










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved