Thursday, February 24, 2011

PEMANTAUAN KEJOHANAN & SESI PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH - TENPIN BOWLING

Tarikh : 19hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes

Laporan Ringkas :

Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master adalah Kejohanan Peringkat Remaja Negeri bagi Zon Utara yang merangkumi Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang di anjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang. Pada tahun 2011 sebanyak Lima Sirkit dan Satu Sirkit Akhir ( jadual kejohanan dilampirkan). Pada 19hb Feb. 2011 adalah Sirkit Pertama.

Kejohanan ini mempertandingkan Tiga Katergori iaitu Bawah 12 tahun, Wanita Terbuka dan Lelaki Terbuka. Jumlah penyertaan di Sirkit Pertama ini seperti berikut :

Bawah 12 tahun seramai 7 orang.
Wanita Terbuka seramai 7 orang.
Lelaki Terbuka seramai 15 orang.


Kejohanan Sirkit Pertama mendapati kekurangan penyertaan dari Negeri Kedah kerana negeri tersebut mengadakan Kejohanan Kedah Tertutup dan Negeri Perak kerana Bersekolah untuk menggantikan Cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Kedua-dua negeri ini tidak memaklumkan kepada pihak Persatuan Negeri.

Mengadakan mesyuarat bersama JLN MSNPP Cik Kim Eun Jung dan JSM Mr. Albert Yeoh Seng Poh merangkap Naib Setiausaha Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang dari 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Perkara yang dibincangkan :

PPN - Memaklumkan kepada JLN dan JSM, keputusan National Evaluation 2011 baru diterima pada 18hb Februari 2011 dan Program 2011 akan bermula bulan Mac 2011 selama 10 bulan.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk membuat pemilihan Atlet yang akan diserapkan ke Program Pelapis Negeri, USPTNPP bagi tahun 2011 dan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012, Pahang.

PPN - Memaklumkan keputusan yang diberikan oleh pihak MSNM adalah seramai 20 atlet dengan 8 lanes dan Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi telah memberikan tanggunjawab sebagai Penyelaras Sukan MSNPP bagi Sukan Tenpin Boling untuk SUKMA XV 2012 kepada saya.

Keputusan dari Mesyuarat : Kata sepakat telah diambil bersama JLN MSNPP dan pihak PTBPP untuk mendaftar seramai 42 atlet untuk Program Pelapis Negeri dan seramai 12 atlet dari 42 orang akan menjalani latihan sebagai Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Sebagai penganti kepada 12 atlet tersebut, keputusan diambil untuk mengambil pelatih yang baru yang telah menjalani Program National Evaluation 2011 dan senarai nama atlet yang telah dipilih seperti lampiran. Keputusan ini akan dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Bil : 1/2011 yang akan diadakan pada 21hb Februari 2011.

Pembahagian atlet kepada Tiga JSM Pelapis Negeri dan penentuan atlet untuk ke Program AAA atau AA akan ditentukan selepas seminggu bermulanya latihan.

PPN - Mencadangkan untuk mengadakan Mesyuarat Bersama Keluarga bagi Atlet yang terpilih ke Program 2011 seperti berikut :

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru,PP.


Selepas mesyuarat berakhir, telah meninggalkan tempat kejohanan sebelum kejohanan berakhir.

Sekian di dimaklumkan, terima kasih.

-

FATIMAH BINTI JAMIL











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved